Sabtu, 2 Februari 2013

Iron Mike Tyson





 Iron mike tyson gelaran yang diberi...Bertubuh bulat dan rendah lebih kurang mcm mike tyson...Pada pemerhatian saya ekssesori mike tyson ni nampak lebih dari prince naseem,tapi tu saya yang kata juri xkata lagi sbb xpenah masuk bon....Insya Allah kalu ada rezeki bon KB ni saya nak bw mike tyson turun....ayam remaja, baru nak mai perangai...

PELURU 2013

Prince NaSeem


Prince Naseem nama diberi...Ekor tak siap lagi....ayam remaja dari darah sri nam...baru nak mai perangai dia...harap2 klu ada gme lepas ni bleh la bawak turun...game penang yang lepas xleh bawa turun sbb tengah meluruh ekor anak B....Prince Naseem mmg aktif di atas meja...harap2 dibon pun dia aktif gak....



 

Sabtu, 29 Disember 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

Salam... Disini Serama Ridzal ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua pengemar ayam serama.. Tahun 2012 tidak banyak cerita untuk Serama Ridzal untuk berkongsi dalam blog ni...Ini kerana tahun 2012 Serama Ridzal telah menjual seluruh ayam kepada peminat dari arab(bahrain).. Hanya Tinggal yang xterpakai...

Pada bulan november 2012 Serama Ridzal telah memasukkan pemain2 baru dari baka yang baru dan di gabung dengan baka dari serama Ridzal sendiri...Oleh itu azam serama Ridzal pada tahun baru ini adalah untuk mendapatkan Piala BOTB... Kalau xadapat 5kali, sekali pun jadi lah....hahahhaha...

Kalau xsilap pembuka bon untuk tahun 2013 ialah di bon penang (teluk tempoyak) 13/1/2013...kita jumpa disana...

Rabu, 25 April 2012

White subMarine

tengah meluruh.....klu tak bleh test bon pulau mutiara....xpa,kta tggu sampai dia penuh.....

Rabu, 15 Februari 2012

HARAPAN baru..

Sri Bahang + submarine
Bapak anak A ini darah submarine yang sy pinjam pada pak njang din.asalnya dua ekor,tp sekor dah mati dah...Tinggal la sekor ja.


 Anak-anak ni pure Sri bahang..Gen2,minta-minta la bleh mengegarkan bon lepas ni..



 Kubing + Sri Bahang
Banyak lagi akan di post kan dalam blog ni...Serama ridzal berazam 2012 akan sekali lagi jd BOTB..

Jumaat, 30 Disember 2011

BERPINDAH REBAN

Assalammualaikum....
Serama ridzal telah berpindah dari yan ke baling oleh sebab kerja...Kesemua ayam2 telah di pindahkan ditempat yang baru dengan kandang yang baru dan suasana yang baru menjelang tahun baru...nanti bila ada masa saya akan upload gambar Sri Puteh Baling....untuk diturunkan pada 21hb ni...

Ahad, 20 November 2011

Gaya Sri Bahang

Aksi dari Sri Bahang

Inilah aksi Sri Bahang yang telah memenangi BOTB di game Alor Star.. Selalunya Sri Bahang hanya terlalu aktif berkibas dan loncat saja tp xparking, tp pada hari tersebut Sri Bahang tidaklah aktif seperti dirumah cuma kelebihan pada parking...Semasa bon di Melor Sri Bahang terlalu aktif berkibas hingga terlupa utk parking,sbb tu masa bon di melor point gaya sri bahang hanya 21.5 dan berada di ranking no5....tp skrg ni Sri Bahang telah parking Syukur Kehadrat Ilahi...Amin...........


Sabtu, 19 November 2011

Johan BOTB....

Alhamdulillah,Sri Bahang juara antara juara di bon stadium sukan menanti...Gembira xterkata bila diumum ayam Ridzal Yan juara BOTB...Maklumla,,,,anak kandang sendiri yang menang mahu xseronoknya....Secara keseluruhannya ayam BOTB semuanya hebat2 belaka...Mungkin game kali ni rezeki untuk saya...Pada teman2 saya yg selalu mendoa kan kejayaan pada ayam2 saya,saya ucapkan ribuan terima kasih...Terutama Nana Man,Pak long(Ghani) dan lain....

Rabu, 9 November 2011

Hebahan Bon Alor setar

Pertandingan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama 
Anjuran: Alor Setar Serama Group
Tarikh : 19/11/2011 (Sabtu)
Tempat: Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim.
Hadiah:
Johan RM150
Ke -2 RM100
Ke -3 RM80
saguhati : Tilam Toto (30% dari penyertaan)
Cabutan bertuah
Bonanza RM300X1cabutan
RM50 X 4cabutan
Hamper X 10 cabutan
BOTB
RM100 & Piala
Pengadil Kelantan

Sila hubungi urusetia untuk maklumat lanjut
Cg Lah Vistana 0197273575
Pak Shed 0125611949
Wan Jalan Day 0143496116

DARA COmey



Adk kepada Sri Bahang.... bapak yang sama cuma ibu yang lain2....Moga2 bleh bertelur......

Sabtu, 22 Oktober 2011

Johan Kategori ABS PMTG BULUH

Sri Bahang
Johan Kategori ABS PMTG BULUH
Salam kepada kawan2 ayam serama...Saya ingin berkongsi kegembiraan diatas kejayaan Sri Bahang menjadi johan kategori ABS di Pmtg Buluh...Disusuli pula dengan kejayaan anak Sri Bahang yg menyertai kategori serama Anak A yg mana menduduki tmpt kedua...Tahniah kepada anak beranak ni.....

Isnin, 29 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AND MERDEKA

Disini seramaridzal ingin mengucapkan kepada sahabat2 and peminat2 ayam serama selamat menyambut Eidulfitri.Kepada sesiapa yg mengenali seramaridzal jika ada salah n silap harap dimaafkan..kadang2 dalam gurauan kita tidak sedar kelewatan n kekurangan kita.Kepada pengguna jalan raya harap berhati2 dijalan raya...Apa2 pun Selamat Hari Raya kepada seluruh muslimin n muslimat tidak lupa juga kawan2 kita yang bukan beragama islam selamat menyambut Hari Merdeka.....Kita jumpa di Bon Tebengau pada 1/10/2011.......

Ahad, 14 Ogos 2011

Sri Bahang....3k......

Sri Bahang sentiasa bg komitmen yg baik pada saya. Cuma semasa bon perlis sri bahang tidak sihat jadi gaya die kurang hanya 21.5...semasa game  di ipoh sri bahang ada pada ranking no4 dengan gaya kibas n loncat yg membuatkan saya sentiasa terasa bahang kemenangan..Harap2 lepas raya ni sri bahang dapat mengegarkan mana2 bon..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Dara Untuk Dijual

..
seekor RM 250
due2 dara ni satu sarang..Abg dara2 ni masa main anak A dapat no 2 di bon billion.Dara yg gambar sebelah kanan tu ada gegar sikit2..

Isnin, 18 Julai 2011

Minggu2 Akhir sebelum berpuasa......




Last game yang paling besar sebelum kita semua berpuasa. Dengar khabarnya game penutup pada 30/7/2011 bon kecil di Perlis. Sapa-sapa ada maklumat tolong upload dalam blog..

Ahad, 10 Julai 2011

BON IPOH

Secara keseluruhannya game ipoh ini boleh dikata kan berjaya tetapi terdapat beberapa kekurangan. Salah satunya senarai pemenang untuk beberapa kategori terlalu lewat untuk ditentukan tapi ini mungkin disebabkan first time anjuran dari pihak Kesenian Ayam Serama Perak. Tapi saya ucapkan Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menguruskan game ini dengan sempurna.
Apa-apa pun saya bersyukur kedua-dua ayam saya yang dipertandingkan menduduki ranking yang boleh dikatakan baik juga.. Anak B terlalu banyak penyertaan lebih kurang 40 ekor, Alhamdulillah anak B saya berada pada ranking no.6.. Anak B ni semasa dibon Billion duduk di ranking no.2(anak A)..
Sekor lagi ayam saya kategori Remaja,ni yang sedih sikit. Semasa dimeja urusetia untuk menimbang ayam bagi menentukan ranking ayam, ayam saya diberitahu berada pada ranking no.4. Tetapi bila saya terima sijil ayam saya berada pada ranking no.6.. sound system tidak berapa jelas.. Apa-apa pun saya terima saja,kita main ayam untuk keseronokkan...

Sabtu, 25 Jun 2011

Game Billion


Naib johan Anak A di game Billion Alor setar (kemarin)... Saingan memang banyak tapi Alhamdulillah rezeki dari Allah ayam saye terpilih untuk naib johan... Harap-harap anak A ni terus memberi komitmen yang tinggi kepada saya... saya masuk dua  ketegori Anak A dan Induk... Induk saya berada pada Ranking No4... Syukur....

Selasa, 14 Jun 2011

Pembaka yang hendak dijual

semua anak dibawah hasil dari pembaka ini...Ni satu2 nya pembaka yang saya pakai untuk menghasilkan produk...sekarang ni saya nak berehat sementara oleh sebab2 tertentu...maklumlah rumah taman...

Anak Kuning dah Remaja

anak kuning dah meningkat remaja...ingatkan smpat nak masuk game 25hb ni,tp syang ekoq xsiap lagi...Insyaalah lepas ni kalu ada game leh kot masuk...