Isnin, 18 Julai 2011

Minggu2 Akhir sebelum berpuasa......




Last game yang paling besar sebelum kita semua berpuasa. Dengar khabarnya game penutup pada 30/7/2011 bon kecil di Perlis. Sapa-sapa ada maklumat tolong upload dalam blog..

Ahad, 10 Julai 2011

BON IPOH

Secara keseluruhannya game ipoh ini boleh dikata kan berjaya tetapi terdapat beberapa kekurangan. Salah satunya senarai pemenang untuk beberapa kategori terlalu lewat untuk ditentukan tapi ini mungkin disebabkan first time anjuran dari pihak Kesenian Ayam Serama Perak. Tapi saya ucapkan Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menguruskan game ini dengan sempurna.
Apa-apa pun saya bersyukur kedua-dua ayam saya yang dipertandingkan menduduki ranking yang boleh dikatakan baik juga.. Anak B terlalu banyak penyertaan lebih kurang 40 ekor, Alhamdulillah anak B saya berada pada ranking no.6.. Anak B ni semasa dibon Billion duduk di ranking no.2(anak A)..
Sekor lagi ayam saya kategori Remaja,ni yang sedih sikit. Semasa dimeja urusetia untuk menimbang ayam bagi menentukan ranking ayam, ayam saya diberitahu berada pada ranking no.4. Tetapi bila saya terima sijil ayam saya berada pada ranking no.6.. sound system tidak berapa jelas.. Apa-apa pun saya terima saja,kita main ayam untuk keseronokkan...